Monday, October 5, 2009

Sweet memories...
















Kelas modern poetry texts















Joging pagi di padang n tasik uia




















































perjalanan ke pos tuel tergendala kerana tanah runtuh... tp kami cool je..














kampung abu















ajar adik2 o.asli solat..






























belajar sambil menyanyi

















raya di kampung boh, cmrn highlnd


























Dinner Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia (MADUM)







































sister cultural nite... penontonya perempuan je...



























Pendebat2 UIA

RINDU....

Assalaamu'alaikum kepada semua...

Sudah berbulan-bulan sarah tak buka dan juga tak update blog ni kerana kesibukan yang menghambat diri... Hari ini terasa sangat kerinduan pada kenangan masa lepas saat berada di UIA... Paling diridui... saat menjalankan tanggungjwab dakwah kepada masyarakat orang asli.... bersama teman seperjuangan melalui hutan dan gunung ganang untuk sampai ke perkampungan....

Habis je exam final sem pada bulan April, sarah menjadi baby sitter kepada anak2 saudara.. mempelajari skill menjaga baby berumur 3bulan dan mengasuh anak2... Alhamdulillah, satu pengalaman yang sangat bernilai yang mane amat berguna pada masa akan datang...

Dan sekarang, sarah bertugas sebagai guru di Wadi Sofia College... Satu lagi pengalaman yang amat bernilai.... Benarlah... Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad... Sepanjang kehidupan kita, kita akan sentiasa mempelajari sesuatu yang baru.... inilah kehidupan...

Mendidik anak2 tentang Islam adalah satu tugas yang amat mencabar pada zaman yang serba canggih... teringat hadis Rasul mulia:

كل مولود يولد على الفطرة فأبواه يهودانه أو ينصرانه أو يمجسانه

"Anak kecil itu dilahirkan dalam keadaan fitrah. Ibubapanya yang membentuknya menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi"

Sememangnya, peranan ibu bapa di rumah teramat penting bagi membentuk akhlak dan shakhsiah agama anak2....
Sayang...apabila ibu bapa meletakkan seluruh tanggungjawab itu pada guru...
Sedih sanagt apabila melihat anak-anak dibesarkan menurut cara yang bukan diperintah oleh Allah. Quran diganti dengan menyanyi. Hafal lagu lebih penting dari hafaz ayat-ayat Quran. Diajar bermain piano menggantikan mengenal solat.

Ya ALLAH, kuatkanlah diriku untuk terus berusaha membentuk anak2 ini...

" إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث : علم ينتفع به ، وصدقة جارية ، وولد صالح يدعو له "

"Apabila mati seseorang anak adam, terputuslah semua amalan kecuali 3 perkara. Ilmu yang bermanfaat, sedekah jariah dan anak-anak soleh yang mendoakannya"

Thursday, April 23, 2009

pasrah...

tak dapat join parogram masuk kg orang asli pelantok, perak di saat akhir sblm bertolak...
tak dapat nak citer.. myra zulhazim plak yg citer dlm blog dia...

kepada kawan2 yg sedang menjalankan misi dakwah di pelantok, selamat berjuang! Moga ALLAH merahmati kalian semua..

Friday, April 10, 2009

METHODS OF DA’WAH @ مناهج الدعوة

Syukur, petang td satu lagi paper exam yang telah ku duduki.. Subjek methods of da’wah. Subjek yg mana mengajar secara teori cara berdakwah dalam islam.. Alhamdulillah, daku dapat menjawab dengan baik.. Tp.. hati ini selalu terfikir.. Apakah diri ini sudah mempraktikkan apa yg dipelajari?
Antara point penting dalam subjek ialah amar ma’ruf nahi munkar..













من رأى منكم منكرا فليغيره بيده، فإن لم يستطع فبلسانه، فإن لم يستطع فبقلبه، وذلك أضعف الإيمان

"Barangsiapa diantara kamu yang melihat akan kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika sekiranya ia tiada berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya. Jika sekiranya ia tiada juga berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan hatinya. Dan yang demikian itu (iaitu mengubah dengan hatinya) adalah selemah-lemahnya iman."
H.R Muslim

Adakah daku dan sahabat2 lain yg mempelajari teori dakwah telah melaksanakan tugas sebagai da’ie?

Ya ALLAH… lemahnya imanku..
Semua kita menyandang tugas da’ie..
Pasti, ramai antara kita tidak berani atau segan untuk mengajak orang kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran kerana merasa diri belum cukup baik.. merasa diri tidak layak untuk memberi nasihat..
Atau, terkadang kita takut untuk memberi nasihat. Bimbang dimarahi dan diherdik. Bimbang orang tidak suka, dan seterusnya kehilangan kawan. Sememangnya itu halangan kita dalam mengerjakan amar ma’ruf nahi munkar. Bukankah ALLAH berfirman:











Dan dikatakan pada hari akhirat nanti,
Allah Taala berfirman kepada seorang hamba: Apakah yang menghalang engkau dari mengubah(mencegah) perkara mungkar apabila engkau melihatnya? Hamba menjawab: Hai Tuhanku! Kerana aku takut kepada manusia. Lalu Allah berfirman:Engkau lebih berhak takut kepada Ku."

Maka seharusnya kita sentiasa mengamalkan budaya nasihat menasihati, ingat memperingati, pesan berpesan… agar kita tidak tergolong dalam golongan orang yang rugi…
Namun, seharusnya.. Kita perlu berhati2 dalam memberi nasihat atau mengajak orang kepada kebaikan.. tidak menggunakan kata2 kasar dalam memberi nasihat. Juga sedaya upaya tidak menjatuhkan maruah org yg dinasihati..














Marilah sama2 kita membuktikan Islam sebagai umat yg terbaik dengan mengmalkan amar ma’ruf nahi munkar pada zaman yg penuh dengan fitnah dan pancaroba, dengan mengharap keredhaan ALLAH dan keampunanNYA..


Rasa Hati

Pernah seketika…
Hati ini merasa sedih dan pilu
Melihat keadaan umat kini
Yang tika ini sedang diinjak-injak dan dipermainkan
Oleh musuh-musuh Islam sekian lama
Sering diri ini merasakan
Mengapa begitu lemahnya diri ini
Dalam berusaha membina,membentuk
Dan bekerja untuk membangunkan umat ini
Mengapa wujud rasa hina diri
Mungkin lantaran dosaku yang menggunung tinggi
Menyebabkan diri ini merasa belum layak
Bagi menanggung amanah dakwah ini
Seorang sahabat pernah berkata
Dakwah ini bukan sekadar teori
Tapi perlu dipraktikkan dengan amali
Namun mengapa diri ini cuma sekadar membaca sahaja buku-buku fikrah
Namun pengaplikasiannya tidak banyak berlaku
Ya Allah…kuatkanlah aku dengan hidayah-Mu
Berikanlah aku kekuatan untuk bersama-sama dengan dakwah ini
Bersama berjalan sebaris dengan saf dakwah
Bukan sekadar memandang mereka dari jauh

Tuesday, March 31, 2009

Marah & bagaimana cara untuk menghilangkan Marah

oleh kerana kebelakangan ini beberapa teman menyatakan rasa bengang dgn org2 tertentu, sarah postkan artikel ini...
edited from Bimbingan Mukmin- Hujjatul Islam Al Imam Al Ghazali. moga mendapat manfaat dr artikel ini.


Marah & bagaimana cara untuk menghilangkan Marah

Marah ertinya gerakan nafsu diri, seketika meluap darah jantung dari suruhan syahwat utk mempertahankan diri dan utk melepaskan dendam. Cuma kemarahan itu tidak boleh timbul kalau tidak pada tempat dan waktunya. Bila kemarahan telah timbul tidak ditahan dgn fikiran dan akal sebelum dia menjalar, tidak ubahnya dia dengan api yg membakar, darah naik laksana wap, memenuhi otak, sehingga gelap menyelubungi hati sehingga tidak sanggup berfikir. Menyelimuti seluruh urat saraf, penglihatan nampak kecil bila memandang orang, ketika itu pertimbangan hilang, akal tertutup, fikir tersentak, angan-angan habis. Orang yg marah adalah laksana gua batu yg terbakar, api terkurung di dalamnya dan angin masuk juga mengipasnya sehinggalah terkumpullah di dalam gua asap dan wap yang menambahkan panas. Kedengaran api memakan kelilingnya habis menjadi bara. Meskipun diusahakan menyiram, maka air penyiram itu akhirnya akan menjadi minyak tanah menambah kerasnya api.

Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya.

Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang juga lah pemarahnya. Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki. Kenapa kita mesti marah? Telah berkata Mujahid di dalam sebuah bait syair "Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi. Istirehatkan hati dari kata-kata "Barangkali" dan "Kalau".

Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Allah mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan mengucapkan "Inna lillahi wainna lillahi raji'un". Pernah ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu. Ahnaf menjawab : "Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu pada satu hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi daging panggang yang masih panas. Belum sempat daging itu diletakkan di hadapan Qias, tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais. Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman" Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi muali hari ini aku akan membebaskan kamu." Begitulah sopan santunnya dan pemaafnya Qais bin Asim" Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya. Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian yang ditimpakan kepadanya. Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau atau barangkali. Hatinya tidak terasa dia "tuan" kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari AllahYang bila sampai ketikanya Allah akan ambil kembali. Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuangkan rasa rasa "ketuanan" kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi.

Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :

a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.

b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.

c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kitadaripada sifat marah.

d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.

e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah.

f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz (A'uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripadatidur

i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah. Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang.

Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insya Allah kemarahan akan mulai reda. engan cara demikian, seperti ulasan saudara fansuri, keegoan akan berkurangan. Tapi apa yang berlaku, apabila naik marah, yang bersandar akan mula menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah tidak dapat dikawal. Berbanyakkanlah beristighfar kerana itulah senjata orang² mukmin.

"beraninya sarah..."

begitu kata teman sekelas...


..... أستغفر الله العظيم

Tatkala diri menyedari akan keterlanjuran diri, hanya ungkapan itu yg mampu diucapkan… Huh… Rasa sesal n bersalah kerana mengikut rasa… Bukan niat untuk bertindak sebegitu… Ampunkan diri ini, ustaz..
Nasib baik “perdebatan” itu hanya untuk beberapa minit… Dah menjadi kebiasaan diri ini, menyesal setelah melakukan sesuatu tindakan pantas… Kadang, mmg sarah terlalu mengikut rasa.. satu kelemahan yg masih di peringkat “pemulihan”…
em... namun, terasa juga kebaikan bila bertindak sebegitu... cuma yg pasti, tak kena pd caranya.... sekali lg... ampunkan diri ini, duhai ustaz....
kali pertama dan terakhir sarah bertindak sebegitu sepanjang menjadi pelajar UIA.. mungkin ini penutup bg class pembelajaran sem terakhir disini... sblm menempuh peperiksaan...

Thursday, March 12, 2009

program kursus p'bangunan minda, kg. segar, gua musang, 7 - 9 MAC '09

alhamdulillah... syukur dipanjatkan kehadrat ALLAH kerana dgn limpah kurnianya sekali lg dapat kami melaksanakan tugas dakwah org asli di kg. segar dgn lancar... kami bertolak dari UIA pd jam 11mlm pd hari jumaat.... dan sampai ke destinasi pd awal pg...

program ini bertujuan mengajar org2 asli yg baru memeluk islam tentang asas2 agama.... seperti mngucap dua kalimah syahadah, solat, dan tauhid.... seperti biasa, kami akan mengadakan modul untuk mereka...








































ini adalah beberapa gambar sepanjang prog...

Ya ALLAH....semoga perjuangan kami diredhai... bantulah kami dlm dakwah dijalanMU...

kepada teman2, teruskanlah perjuangan... "Bila diri berjuang kerana ALLAH, dugaan itu tempat bersinggah, keperitan ditelan sebagai juadah... kejayaan dianggap mimpi indah...." semoga ALLAH memberi kita semua kekuatan untuk terus berkorban dijalanNYA...



" ادع إلى سبيل ربك بالحكمة والموعظة الحسنة "


Copyright © 2009-2009 by Sebuah Perjalanan Satu Persinggahan Powered by Blogger