Sunday, February 22, 2009

kelahiran baru...

Dalam lena tanpa sebarang mimpi, tibe2 sarah dikejutkan dengan satu suara…suara bayi menangis.. Sarah terjaga dan melihat jam pd handphone… Pukul 5.45… Suara siapa? Tak mungkin ada bayi kat sini! Mimpi kot…. Lantas terus sarah bangun dan melangkah ke bilik air, berwhuduk…

Pukul 8.20pg, sewaktu sarah sedang berehat + mendengar lagu2, sarah menerima mesej dari salah seorang abang sarah. Isi mesejnya: “Alhamdulillah, puteri ke-2 abg ned telah selamat dilahirkan pukul 5.42pg td. Berat 3.8kg. syukur pd Allah atas kurniaNYA”

Subhaanallah… rupanya anak saudara sarah yang baru melihat dunia mengejutkan sarah pd awal pagi td! Mungkin dia mahu memberitakan akan kelahirannya kepada auntie nya…

Dengan kelahiran anak saudara yang terbaru ni, bermakna sarah telah menjadi auntie kepada 25orang anak buah(anak saudara dari adik beradik sarah seibu sebapa) , tambah 15 (anak saudara dari adik beradik sebapa lain ibu). Jumlah semua 40org!

Alhamdulillah…

Semoga anak2 buah auntie membesar menjadi anak soleh solehah, penyejuk mata ibu ayah, dan menjadi pejuang menegakkan agama islam tercinta…

teringat hadith Rasul junjungan...

إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث صدقة جارية أو علم ينتفع به أو ولد صالح يدعوا له


"Apabila seorang anak Adam meninggal dunia, terputuslah amalannya melainkan 3 perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya"

so, mcm ne nak dapat anak soleh?
mulakan dari sekarang.. berusaha perbaiki diri kearah kebaikan...didik diri dengan melakukan amal kebaikan sebanyak mungkin... Moga kita menjadi bakal ibu bapa kepada anak2 solihin... insyaALLAH...


lagu: Permata keluarga

artis: UNIC

Anak-anak adalah permata ayah bonda
Penghibur duka lara, menyejukkan mata
Ibarat kain putih yang suci dan bersih
Terpulang bagaimana untuk mencoraknya

Berilah mereka didikan agama,
Kelak bila dewasa, jadi insan berguna
Kepada nusa dan bangsa,
Kepada insan semua

C/O:
Melenturi buluh biarlah daripada rebungnya
Asuhlah mereka ajarkan mereka akhlak yang mulia
Anak-anak cahaya mata
Anak soleh impian semua
Andainya kita meninggalkan dia
Akan mengalir doa darinya

Didiklah anak-anak kita
Menjadi anak yang soleh
Pabila kita tiada
Jadi penerang alam baqa

Anak soleh permata keluarga
Harta kita paling berharga
Setiap doanya pada kita
Jariah kita di sana

Thursday, February 19, 2009

Salam iftitah

الحمدلله رب الخلائق، الرحمن الرحيم الخالق، والصلاة والسلام على محمد الرسول الفائق، المبعوث رحمة للناس من كل جنس فارق، وعلى أصحابه الأعلام للهدى والنمارق، وعلى آله سلالة العسل الرائق، وعلى من تبعهم بإحسان إلى يوم الحساب والتسابق، أما بعد.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...

Salam sejahtera diucapkan kepada semua, semoga dilimpahi rahmat dan kasih sayang ALLAH disepanjang perjalanan hidup kita…

Terima kasih kepada adinda Siti Zakiyyah Ismail yang menjadi inspirasi kepada terciptanya blog ini.. Sarah agak terkebelakang dalam dunia blog… Malah agak terkebelakang dalam dunia IT yang mana menjadi keperluan kepada setiap individu untuk mendalaminya..

Dek kerana banyaknya masuuliyyat (tanggungjawab) yang perlu dilaksanakan, sarah tak berkesempatan mempelajari atau menggunakan kemudahan IT yang pelbagai.. Sekadar menggunakan kemudahan yang asas..

Semoga, keterlibatan sarah dalam alam blog ini memberi input serta output yang bermanfaat untuk sarah meneruskan perjalanan yang tidak pasti bila hujungnya.. .

Salam ukhuwah buat semua, dari hamba yang dhaif, Siti Sarah binti Ismail Abdullah.

شكرا على حسن متابعتكم، و السلام...


Copyright © 2009-2009 by Sebuah Perjalanan Satu Persinggahan Powered by Blogger